Friday, November 4, 2011

Shortcut Key Dalam Windows



By Syahmi !!
Dengan menggunakan shortcut key, kita dapat menjimatkan masa dengan melancarkan
arahan – arahan yang biasa digunakan, contohnya buka My Computer, lock komputer, dan macam – macam lagi.
Berikut merupakan senarai shortcut keys dalam Windows. “Win” adalah kekunci yang ada logo Windows tu.
Win + EBuka My Computer
Win + DTunjukkan desktop (semua window yang dibuka akan minimize)
Win + MMinimize semua window yang dibuka
Win + FBuka Find
Win + Ctrl + FBuka Find Computers
Win + RBuka Run
Win + UBuka Utility Manager
Win + LLock komputer
Win + Pause/BreakBuka system properties
Win + F1Buka Windows Help and Support
Win + TabTukar program yang berada di atas taskbar
Seterusnya…
Shortcut KeyFungsi
Alt + TabTukar program yang sedang dibuka.
Alt + Shift + TabSama seperti Alt + Tab, tetapi pilihan ke belakang
Alt + Double ClickBuka properties bagi fail dan folder
Alt + EnterBuka properties bagi fail dan folder
Alt + Print ScreenPrint Screen bagi Windows yang aktif sahaja
Ctrl + Alt + DelRestart komputer atau buka Task Manager
Ctrl + EscKlik pada Start menu
Alt + EscTukar program yang berada di atas taskbar
F1Aktifkan help bagi program yang sedang dibuka
F2Rename fail yang dipilih
F3Buka Find
F4Pilih drive di dalam My Computer atau sewaktu browse file
F5Refresh
F10Mengaktifkan menu bagi program yang sedag dibuka
Shift + F10Right click pada kawasan yang dipilih
Alt + F4Tutup program yang sedang dibuka
Ctrl + F4Tutup window di dalam program yang sedang dibuka
Shift + DeleteBuang fail tanpa melalui Recycle Bin

Pandang pertama Nokia N8


Pengenalan kepada Nokia N8
Antara perkara paling asas yang perlu anda ketahui mengenai Nokia N8:
  • Menggunakan sistem operasi Symbian^3
  • Mempunyai kamera 12 Megapiksel yang dilengkapi lensa Carl Zeiss dan Xenon
  • Menyediakan sistem navigasi Ovi yang percuma dan boleh digunakan secara offline
Nokia N8 dan kelengkapannya
Berikut merupakan segala alatan yang hadir bersama kotak Nokia N8:
  • 1 x Nokia N8 bersama bateri
  • 1 x Kabel dari Nokia N8 ke komputer
  • 1 x Headset
  • 1 x Pengecaj telefon
  • 1 x Kabel dari Nokia ke port HDMI
  • 1 x Kabel dari Nokia yang menyediakan port USB
  • 1 x Panduan ringkas
  • 1 x Kad waranti
Saya tertarik dengan rekabentuk pengecaj yang sangat mudah untuk dibawa kemana-kemana.
Rekabentuk
Sebelum ini saya selalu fikir telefon pintar akan kelihatan sangat besar  pada genggaman saya, namun sebenarnya perbezaannya tidaklah begitu ketara dengan telefon biasa. Saiznya selesa untuk dipegang dan diletakkan di dalam kocek seluar.
Bahagian hadapan Nokia N8 hanya mempunyai satu butang sahaja. Butang inilah yang akan digunakan untuk mengaktifkan telefon serta memaparkan menu. Jika anda tekan butang ini buat beberapa ketika, ia akan memaparkan aplikasi yang sedang dibuka pada telefon anda.
Pada bahagian kiri Nokia N8, terdapat butang untuk kamera, butang untuk mengunci telefon, serta dua butang untuk mengubah kekuatan bunyi. Di sebelah kanan pula adalah port untuk kabel Nokia N8 ke komputer.
Pada bahagian atas Nokia, terdapat port HDMI untuk sambungan dari Nokia N8 ke televisyen dan projektor.
Skrin sentuh
Sebagai seorang yang pertama kali menggunakan telefon skrin sentuh (touchscreen), saya sangat kagum dengan pelbagai kebolehan yang boleh dilaksanakan. Sebagai contoh, Nokia N8 boleh digunakan dalam dua kedudukan, menegak dan melintang, dan paparan skrin akan berubah mengikut kedudukan tersebut.
Sensitiviti skrin sentuh Nokia N8 juga agak bagus, anda hanya perlu menyentuh secara lembut sahaja untuk menekan satu-satu butang. Getaran juga akan dirasakan setiap kali anda membuat sentuhan untuk menyatakan yang anda berjaya menekan butang tersebut.
Paparan utama
Menu utama Nokia N8 diisi dengan jam, kalendar, serta pintasan (shortcut) untuk aplikasi-apliasi yang terdapat di dalamnya. Yang menariknya segala pintasan ini boleh diubahsuai mengikut kehenda anda. Hanya tekan mana-mana butang pada menu utama untuk beberapa ketika, dan anda akan diberi pilihan untuk mengubahsuai skrin tersebut.
Nokia N8 menyediakan tiga skrin untuk anda meletakkan pintasan kepada aplikasi-aplikasi kegemaran anda.
Ketahanan bateri
Hari pertama saya menggunakan Nokia N8, saya agak terkejut kerana baterinya hanya tahan selama 13 jam sahaja. Namun saya fikir perkara ini adalah biasa buat kebanyakan telefon pintar, terutamanya apabila sambungan Internet dipasang. Tanpa Internet, saya dapati hayat bateri boleh bertahan sehingga 23 jam.
Jadi jika anda perlu sentiasa peka dengan hayat bateri anda, dan sedia membawa pengecas (atau sekurang-kurangnya kabel dari Nokia N8 ke komputer).
Harga
Harga runcit yang ditawarkan untuk Nokia N8 adalah RM 1’699, namun anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah dengan kontrak Maxis, dapatkan maklumat lebih lanjut di sini.
By Syahmi.

Rekabentuk iPad yang sempuna


Walaupun kini terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang membolehkan anda melayari Internet dengan serta-merta, namun skrin telefon yang kecil tidak menggalakkan pengguna untuk membaca artikel yang panjang. Manakala komputer riba pula sudah tentunya tidak mudah dibawa ke mana-mana, meskipun mampu menyediakan ruang skrin yang besar untuk pembacaan.
Di sinilah iPad direka untuk dijadikan sebagai alat membaca yang mudah dibawa dan masih menyediakan ruang skrin yang besar untuk pengalaman membaca yang memuaskan. Jadi pada entri kali ini, kita akan lihat rekabentuk iPad yang dibina khas untuk memenuhi kehendak ini:

Multi-touch

Pengalaman skrin sentuh pada iPad adalah sangat lancar. Anda boleh sentuh, slide, dan pinch untuk pelbagai operasi yang terdapat pada iPad.
Bagi saya skrin sentuhlah yang telah membuka ruang imaginasi yang tidak terbatas kepada aplikasi yang boleh dibina pada iPad. Oleh kerana ia tidak tidak lagi terhad kepada penggunaan tetikus dan papan kekunci, aplikasi boleh dibina untuk menyerupai objek sebenar, dan berinteraksi seperti objek sebenar.
Contoh dapat kita lihat pada aplikasi Virtuoso. Ia membolehkan anda bermain piano sama seperti piano yang sebenar!

Ruang skrin yang besar

Skrin iPad adalah bersaiz 9.7 inci. Dilengkapi dengan resolusi yang tinggi, skrin sebesar ini membolehkan anda boleh melayari laman web pada saiz yang biasa. (tidak perlu menggunakan versi mobil serperti pada telefon pintar).

Ringan dan nipis

Dengan ketebalan 1.5 inci serta berat 0.68kg, iPad sangat mudah dibawa kemana-mana dan senang dimuatkan ke dalam beg. Cuma apabila anda menggunakannya, adalah lebih baik untuk meletakkan ke atas riba atau meja kerana memegang dengan tangan akan meletihkan.

Ketahanan bateri

Sepanjang saya menggunakan iPad, bateri tidak langsung menjadi isu. Ia mampu bertahan sehingga sehari apabila saya hanya menggunakannya secara kasual. iPad juga mudah dicaj semula melalui plag elektrik ataupun kabel USB.

Wi-Fi dan 3G

iPad mengesan Wi-Fi dengan baik, dan sambungan dibuat dengan lancar sekali. Ia juga menyediakan slot mikro-sim supaya anda boleh menggunakan 3G di kawasan yang tidak mempunyai Wi-Fi.

Sambungan ke komputer

iPad direka untuk membuatkan anda memuat-turun kandungan terus daripada Internet, samada percuma ataupun berbayar melalui Apple Store. Suasana tertutup ini adalah biasa bagi mana-mana produk Apple, jadi pemindahan fail/dokumen daripada komputer adalah tidak digalakkan.
Namun anda masih boleh menyambungkan iPad kepada PC/Mac untuk menyalin kesemua muzik, video, dan buku elektronik yang terdapat pada iTunes.

Rumusan

Apple memang terkenal dengan rekabentuk produk yang sangat licin, kemas, dan elegan, dan iPad adalah tidak terkecuali. Saya tidak jumpa apa yang kurangnya pada rekabentuk iPad ini.
Cuma bagi sesetengah orang, ada yang berharap ia dilengkapi dengan kamera. Namun bagi saya kamera bukanlah fungsi paling kritikal kerana iPad adalah lebih kepada alat untuk membaca dan hiburan. Lagipun, pelik juga la kan kalau nak keluarkan iPad yang besar gedabak ini untuk mengambil gambar.
Selain daripada saiznya yang sangat mudah dimasukkan ke dalam beg, ketahanan bateri juga merupakan faktor penting yang menjadikan iPad kawan baik si pengembara. Jika anda suka merantau keluar negara misalnya, iPad akan menjadi sangat berguna untuk mencari maklumat dengan pantas.
Sampai di sini sahaja ulasan saya mengenai iPad dari segi perkakasan. Nantikan banyak lagi ulasan iPad di Sembang Komputer, semoga ketemu lagi ya pak!